fbpx

Mahkamah: Pendakwaan mohon tiga pertuduhan 1MDB Najib dipinda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib (tengah) ketika hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menyambung perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini. - FOTO AMIN AZMAN

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan dalam kes penyelewengan dana RM2.28 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak telah menfailkan pindaan tiga pertuduhan iaitu dua pertuduhan pengubahan wang haram dan satu tuduhan penyalahgunaan kedudukan.

Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar menfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk meminda jumlah wang dengan pengurangan dari RM2.28 bilion ke RM2.27 bilion yang mana pengurangan itu kira-kira RM5,360,065.

Kamal Baharin ketika berhujah berkata, pindaan tiga pertuduhan itu sama sekali tidak akan memprejudis atau merugikan tertuduh kerana Najib akan diberi setiap peluang untuk membela diri.

Katanya, permohonan pindaan itu juga selaras dengan prinsip undang-undang dan tidak memudaratkan tertuduh.

“Berdasarkan hujah dikemukakan, permohonan untuk meminda pertuduhan perlu dibenarkan kerana dilakukan untuk memberi perincian yang lebih jelas mengenai pertuduhan terhadap tertuduh.

“Pindaan tuduhan dibenarkan dalam semua kes melainkan memang wujud prejudis dan bukannya kemungkinan ada prejudis.

“Pihak pembelaan juga belum selesai pemeriksaan mereka terhadap SP47 (saksi pendakwaan ke-47 yang juga penganalisis Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Adam Ariff Mohd Roslan) dan beberapa saksi lain.

“Dalam apa jua keadaan, Seksyen 162 Kanun Tatacara Jenayah (CPC) membenarkan mana-mana saksi dipanggil semula untuk pemeriksaan balas dengan lebih lanjut,” katanya.

Kamal Baharin memaklum demikian ketika prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah, hari ini.

Mengikut pertuduhan, Najib, 69, didakwa empat pertuduhan menggunakan kedudukannya ketika itu untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.28 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI