KUALA LUMPUR – Bomba mengesahkan terdapat satu letupan kecil berlaku di tingkat 5 Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, di sini, hari ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Rozihan Anwar Mamat berkata, kebakaran tersebut berlaku di sebuah bilik elektrik.
“Berlaku letupan kecil di dalam banggunan, bagaimanapun (letupan) hanya melibatkan jumlah voltan yang rendah dan tiada kerosakan besar berlaku.
“Pemeriksaan awal mendapati terdapat masalah pada kabel voltan rendah bawah tanah,”katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.-KOSMO! ONLINE