fbpx

Lebih 10,000 diberkas terbabit kes dadah di Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN/AFP

KUALA LUMPUR – Seramai 10,955 individu ditahan disyaki terlibat kes dadah di sekitar ibu negara bagi tempoh Januari sehingga September lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, tangkapan tersebut turut membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM60 juta.

Beliau berkata, terdapat peningkatan berbanding tahun lepas yang mana merekodkan sebanyak 10,614 individu dengan nilai rampasan RM122 juta, bagi tempoh yang sama.

“19 Oktober lepas, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya menumpaskan sindiket dadah serta merampas 208 kilogram (kg) syabu dengan nilai rampasan keseluruhan RM7 juta dan ini merupakan kejayaan yang membanggakan polis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Polis Kuala Lumpur, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Allaudeen turut memaklumkan pihak turut menyediakan perkhidmatan kaunseling terhadap anggotanya.

Katanya, Bahagian Agama dan Kaunseling telah menerima klien yang terdiri daripada warga polis hadir untuk mendapatkan khidmat kaunseling berhubung isu yang dihadapi.

“Antaranya khidmat kaunseling adalah berkaitan kerjaya, isu keluarga, kesihatan, peribadi, psikologi, tatakelakuan, kewangan dan penempatan.

“Sejumlah 1,001 sesi kaunseling telah diberikan melibatkan sebanyak 704 warga polis bagi tempoh Januari hingga September lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI