fbpx

KPM serius tangani kes jenayah seksual kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (tengah) dan Rohani (kiri) bersama murid sekolah yang terlibat di bawah Program Makanan Sihat (Promak) anjuran Bernas di AIU, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Kementerian Pendidikan (KPM) komited dalam memastikan isu berkaitan kes jenayah seksual membabitkan kanak-kanak di sekolah dapat ditangani segera termasuk melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya mengambil serius peringatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said bahawa pihak yang tidak melaporkan kes tersebut boleh didakwa di mahkamah.

“Kita komited dengan anjuran dan peringatan itu kerana di peringkat KPM, kita telah pun memberikan komitmen sepenuhnya (dalam isu berkenaan).

“Sebab itu penting untuk saya ulang memperingatkan bahawa kita sudah pun
melancarkan Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual di Institusi Pendidikan KPM, tempoh hari,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melancarkan Program Makanan Kesihatan (Promak) dan Promak Riang Ria Nutri di Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) di sini semalam. Hadir sama Pengerusi Padiberas Nasional Berhad (Bernas), Datuk Seri Rohani Abdul Karim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI