BANDAR GAZA – Konvoi treler membawa bekalan makanan sumbangan Program Makanan Dunia (WFP) selamat tiba di sebuah kem pelarian di Semenanjung Gaza semalam, manakala bantuan makanan terus diagihkan kepada penduduk.
Berdasarkan rakaman video WFP, beberapa treler membawa kotak-kotak berisi bekalan makanan memasuki pekarangan Sekolah Perempuan Al Nuseirat di kem pelarian Nuseirat.
Sekolah tersebut menempatkan pelarian Palestin yang kehilangan tempat tinggal, demikian menurut WFP.
Bantuan itu disediakan oleh agensi-agensi PBB dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin.
“Treler-treler yang melintasi sempadan Rafah menjadi harapan penduduk Gaza, namun tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk yang semakin meningkat. Kita tidak boleh menunggu lagi.
“Kita memerlukan bekalan yang mempu menyelamatkan nyawa secara berterusan dan pada skala lebih besar,” kata seorang jurucakap WFP.
Konvoi bantuan kemanusiaan memasuki Gaza Sabtu lalu melalui Lintasan Rafah di sempadan Mesir, diikuti dengan konvoi kedua kelmarin dan konvoi ketiga hari berikutnya. – AGENSI