fbpx

Kepanasan Perempuan Itu, Zul Ariffin ‘tiket’ segera jual nama – Siti Hariesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI HARIESA mengakui kontroversi drama Perempuan Itu jadi tiket segera menjual populariti namanya sebagai pelakon baharu.

KUALA LUMPUR – Pelakon sensasi, Siti Hariesa tidak menolak kontroversi babak panas drama lakonan menjadi tiket segera yang  menjual namanya sebagai seorang pendatang baharu dalam dunia hiburan.

Hariesa atau nama lengkapnya Siti Hariesa Muhammad itu bagaimana berharap, kontroversi membabitkan babak ‘daring’ dalam drama Perempuan Itu, menjadi yang titik hitam pertama dan terakhir dalam kariernya sebagai pelakon.

Si cantik 25 tahun itu seboleh-bolehnya enggan mengulangi kesilapan serupa apabila babak intim bersama pelakon Zul Ariffin dalam drama tersebut, hampir ‘meranapkan’ kerjaya seninya yang baru hendak bercambah.

“Publisiti tetap publisiti walaupun melibatkan perkara buruk. Tapi kalau boleh saya nak elakkan perkara sebegitu terjadi lagi selepas ini.

“Saya sudah ‘move on’ dengan kontroversi yang hampir meranapkan kerjaya seni yang baru hendak bercambah.

“Kejadian itu menjadi pengajaran dalam hidup saya. Jadi selepas ini saya akan lebih berhati-hati untuk meneliti skrip terlebih dahulu. Kalau ada ‘babak panas’, saya akan tapis,” jelasnya kepada Kosmo! Online.

Pada masa sama, pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi program Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 tidak pernah terfikir untuk berputus asa atau berundur daripada kerjaya lakonan walaupun pernah dikecam hebat netizen.

“Walaupun saya pernah dikecam hebat netizen, tapi saya tidak pernah berputus asa. Saya hanya ‘move on’ dan jalankan kerja saya sebagai pelakon.

“Alhamdulillah kontroversi itu tidak memberi kesan terhadap kesihatan mental saya,” jelasnya.

Ketika disoal sama ada dia terbuka untuk bekerjasama lagi dengan Zul Ariffin selepas ini, Hariesa yang ditemui pada pelancaran program Unifi TV Original itu tidak mempunyai jawapan untuk soalan tersebut dan membiarkan masa yang menentukannya.

“Berlakon lagi dengan Zul Ariffin? Tak tahulah. Kita tengok masa akan datang bagaimana,” katanya.

Namun yang jelas, Hariesa tidak menolak untuk bergandingan dengan mana-mana pelakon lelaki berstatus suami orang, namun dia akan berhati-hati supaya tidak terpalit lagi dengan kontroversi sebagai ‘penyondol’.

“Kalau kena berpasangan dengan pelakon lelaki berstatus suami orang, saya akan berhati-hati. Berlakon adalah kerjaya saya.

“Tapi untuk terjebak dengan cinta lokasi, mungkin tidak. Saya cuma buat kerja saya sebagai pelakon. Lebih baik saya cari diluar (pasangan),” katanya.

Sekitar Mac tahun lalu, Hariesa pernah terpalit dengan kontroversi gara-gara sebuah teaser memaparkan babak intimnya bersama aktor Zul Ariffin untuk drama Perempuan Itu yang tular dalam media sosial.

Antara babak yang membuatkan ramai ‘ternganga’ adalah aksi Zul mendukung Siti Hariesa seperti sedang berasmara secara berbogel.

Lebih panas, apabila ada adegan Hariesa menyuap ‘whipping cream’ ke mulut Zul dengan aksi mengghairahkan.

Selepas setahun drama tersebut ‘digam’, naskhah tang turut menampilkan pelakon Mimi Lana itu akhirnya ditayangkan di TV3 pada Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI