fbpx

Kepala, otak hancur digilis kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEPANG – Mayat seorang lelaki berusia 35 tahun berasal dari Labu, Negeri Sembilan ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan keadaan otak dan tengkorak hancur akibat digilis kereta api di landasan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, saksi kejadian yang juga penyelia landasan memaklumkan sempat melihat mangsa berada di landasan ERL dan cuba menegurnya namun tidak dihiraukan.

“Ketika kejadian, saksi memaklumkan sedang memantau anak buahnya membuat kerja sebelum melihat mangsa di atas landasan kereta api itu. Saksi menegur mangsa dan minta beredar daripada landasan itu sebelum sebuah kereta api menuju ke KLIA tiba di tempat kejadian dan menggilis mangsa.

“Mangsa dikatakan berbaring terlebih dahulu di atas landasan sebelum digilis keretapi api berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pemeriksaan di lokasi kejadian turut menemui serpihan disyaki otak dan tengkorak sejauh 50 kaki selain mangsa juga patah kaki kiri, namun tiada sistem kamera litar tertutup (CCTV) berdekatan lokasi kejadian.

“Turut ditemui bersama mangsa beberapa barangan peribadi iaitu dompet, telefon bimbit dan kunci kereta. Sebuah kereta jenis Perodua Bezza dipercayai milik mangsa ditemui berdekatan lokasi kejadian,  kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI