fbpx

Kanak-kanak 4 tahun mati lemas di tali air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kanak-kanak empat tahun yang ditemui mati lemas di tali air tepi kawasan bendang, di Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil, petang, semalam.

BALING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui mati lemas di tali air tepi kawasan bendang, di Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil, kira-kira pukul 4.50 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Shamsuddin Mamat, berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Haikal Zulkifly yang tinggal di Kampung Pantai Cicar, ketika kejadian sedang bermain air di tali air tersebut bersama tiga orang adik beradik serta rakannnya.

“Ketika kejadian, kakak mangsa, Nur Aira Damia Zulkifly, .. mendapati adiknya telah hilang lalu bergegas pulang ke rumah dan memanggil bapanya, yang sedang tidur, memberitahu tentang kehilangan adiknya itu.”

“Bapa mangsa kemudian terus  ke tempat kejadian dan dapati mangsa telah pun diselamatkan oleh penduduk kampung dan berada di atas tanah tepi tali air tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bapa mangsa terus memberi bantuan CPR, namun mendapati tiada denyutan nadi dan tiada kesan hidup, lantas membawa mangsa mangsa ke Klinik Kesihatan Kuala Ketil untuk pemeriksaan lanjut.

“Tempat kejadian merupakan kawasan yang menyalurkan sumber air untuk kegunaan bendang yang mengalami air pasang surut, di tempat kejadian tidak mempunyai televisyen litar tertutup (CCTV) dan berada lebih kurang 200 meter daripada rumah terdekat.”

“Kedalaman air di tali air tersebut sentiasa berubah mengikut penghadang yang menghadang laluan air tersebut tetapi kedalaman semasa air adalah lebih kurang sampai ke lutut kaki orang dewasa,” ujarnya.

Tambahnya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi tujuan bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI