fbpx

JDT enggan pulang tangan kosong dari Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOLARI akan membariskan kesebelasan terbaik menjelang aksi menentang Ulsan Hyundai pada saingan ACL di Stadium Ulsan Munsu malam ini. – JST

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) tidak berhasrat untuk pulang dengan tangan kosong apabila berkunjung ke Korea Selatan untuk berdepan Ulsan Hyundai di Stadium Ulsan Munsu bagi saingan Liga Juara-juara Asia (ACL) malam ini.

Pengendalinya, Esteban Solari berkata, skuad Harimau Selatan berada pada prestasi terbaik selepas berjaya mengutip tiga mata di Thailand ketika menewaskan BG Pathum United sebelum ini dan berharap untuk mengulangi kejayaan di tempat lawan itu.

Bagaimanapun, Solari sedar untuk mencapai hasrat itu bukanlah tugas mudah dan perlu berkejar keras dan tidak boleh melakukan sebarang kesilapan dalam aksi 90 minit itu.

“Pemain diharap dapat mengekalkan rentak kemena­ngan menjelang pertemuan de­ngan Ulsan Hyundai. Ini adalah pertemuan yang penting untuk JDT mengukuhkan kedudukan dalam saingan Kumpulan I.

“Walaupun kita berdepan kekangan masa untuk membuat persiapan rapi setelah beberapa pemain terlibat dengan kem skuad kebangsaan, namun pemain bersedia bagi misi mencari kemenangan kedua dalam kempen ACL musim ini.

“Pemain perlu memberi tumpuan penuh dan memanfaatkan setiap peluang yang direncanakan bagi memastikan hasrat mengutip tiga mata menjadi ke­nyataan,” katanya.

Skuad Harimau Selatan kini berada di posisi kedua di belakang kelab Jepun, Kawasaki Frontale setelah meraih tiga mata setelah menewaskan BG Pathum 4-2, pada 3 Oktober lalu.

Solari memberitahu, beliau akan membariskan kesebelasan terbaik menjelang pertemuan itu dan semua pemain berkobar-­kobar untuk diturunkan mengikut corak permainan ampuh yang diterapkan.

“Kami tahu memang sukar untuk menentang pasukan juara seperti Ulsan (Hyundai). Mereka juara di Korea Selatan.

“Sasaran utama kami adalah untuk mara ke pusingan sete­rusnya dan kesemua pemain bersedia menggalas tugas itu de­ngan memberikan aksi terbaik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI