fbpx

Harun Jusoh, bekas tonggak bola sepak negara meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga menziarahi jenazah Harun di rumahnya di Lorong Haji Da, Batu Buruk, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Bekas tonggak bola sepak negara era 1970-an, Harun Jusoh meninggal dunia hari ini selepas menderita lebih dua tahun akibat sakit saraf.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Lorong Haji Da, Batu Buruk di sini pada pukul 4.26 petang.

Harun meninggalkan seorang balu, Sharifah Azizah Syed Omar, 71, dan empat orang anak.

Allahyarham merupakan tonggak kebangsaan yang beraksi pada Sukan Olimpik Munich 1972 bersama Allahyarham Mokhtar Dahari.

Sepanjang karier bola sepaknya, beliau pernah membantu Harimau Malaya meraih pingat gangsa di Sukan Asia 1974 di Tehran, Iran selain
menyertai Sukan SEA 1969 di Myanmar.

Harun juga sebahagian daripada skuad kebangsaan yang mengalahkan Arsenal 2-0 dalam aksi persahatan pada 1975.

Kosmo! 22 April 2021 pernah melaporkan keadaan Allahyarham yang terlantar akibat penyakit saraf dan radang sendi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI