fbpx

EPL: Aston Villa selesa huni kelompok atas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUIZ meledak dua gol ketika membantu Villa mencatat kemenangan ke atas West Ham pada aksi kelmarin. - AFP

BIRMINGHAM – Dua jaringan menerusi Douglas Luiz menyaksikan Aston Villa berada pada kelas tersendiri ketika membenam cabaran West Ham United 4-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Villa Park kelmarin.

Luiz meledak dua gol pada setiap babak termasuk menyempurnakan sepakan penalti enam minit selepas babak kedua bermula serta dua lagi jaringan menerusi Ollie Watkins dan Leon Bailey menyaksikan Villa terus mengukuhkan kedudukan dalam kelompok lima pasukan teratas.

Skuad kendalian Unai Emery itu berjaya mengawal sebahagian besar permainan untuk mencatat kemenangan ke-11 berturut-turut dalam aksi di laman mereka sendiri, selain mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan liga setakat ini.

Mereka berjaya mengumpul 19 mata dalam sembilan aksi dan hanya ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Manchester City.

“Kami cuba untuk berfikiran positif dan turun bermain dengan cara kami sendiri. Kami berjaya melakukannya dengan baik untuk tempoh 90 minit perlawanan.

“Pada saya, beraksi di tempat sendiri sentiasa menjadi sesuatu yang istimewa. Perasaan kami sentiasa teruja untuk memberikan yang terbaik kepada para penyokong,” jelasnya.

Emery dilantik sebagai pengurus Villa pada 24 Oktober tahun lalu menggantikan Steven Gerrard dan berjaya melakukan transformasi besar sehingga berjaya membawa pasukan itu beraksi di pentas Liga Konferens Europa musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI