fbpx

Dewan Rakyat: Didakwa buat ‘live’, bentara diminta semak telefon Shahidan Kassim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahidan (atas) dan Alice Lau (bawah) pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

KUALA LUMPUR – Kecoh seketika suasana apabila Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng meminta bentara menyemak telefon pintar Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim sebelum membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2024, hari ini.

Ia ekoran telefon pintar Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) itu diletakkan betul-betul berhadapan dengannya menggunakan ‘phone stand’ sekali gus menimbulkan keraguan sama ada beliau sedang membuat siaran langsung.

“Sejajar dengan pemashyuran Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Abdul Johari Abdul pada 16 Oktober lalu berkenaan meningkatnya trend memasang peranti seperti telefon bimbit untuk membuat ‘live streaming’.

“Tan Sri telah menetapkan agar Ahli Dewan Rakyat tidak lagi memasang telefon untuk membuat ‘live streaming’ dalam Dewan Rakyat manakala peranti lain seperti komputer untuk membantu ucapan adalah dibenarkan. Harap yang boleh beri bekerjasama.

“Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Arau untuk berbahas, saya meminta bentara untuk semak peranti Arau (Shahidan) untuk buat ‘live streaming’ atau membantu ucapan,” ujar Alice Lau.

Sehubungan itu, Shahidan menegaskan bahawa peranti yang diletakkan dihadapannya hanya untuk membantu memberikan semangat ketika beliau memberi ucapan dan bukannya bertujuan membuat siaran langsung.

“Saya membawa perkara 36 (6) iaitu membawa sangkaan jahat. Kenapa dibawa tajuk itu semasa saya berucap. Mari bentara mari semak. Peranti ini bagi semangat saya berucap, mana ada apa.

“Kenapa saya perlu disemak, ini sangkaan jahat. Inilah cara saya, tidak bagi ‘live’, saya letak telefon seolah-olah sedang ‘live’ dengan rakyat Malaysia. Tapi sekarang saya tengah ‘live’ dengan Malaysia melalui YouTube Parlimen,” katanya.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat menetapkan Ahli Parlimen tidak dibenarkan membuat siaran langsung persidangan Dewan Rakyat menggunakan telefon bimbit untuk disiarkan di media sosial mereka.

Menurut beliau, Dewan Rakyat mendapati trend itu semakin meningkat dalam kalangan Ahli Parlimen sedangkan ia tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat 35 (1) iaitu Ahli Parlimen yang berucap perlu mengarahkan ucapan mereka kepada Pengerusi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI