fbpx

Buang rahim, isteri Aril Pilus dipantau di ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aril mendedahkan, Aril Pilus pembedahan kecemasan membuang rahim isteri, Puteri Erma Edlinda akibat fibroid berjalan lancar namun masih dipantau pihak hospital.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Aril Pilus meluahkan rasa syukur apabila pembedahan kecemasan membuang rahim isteri, Puteri Erma Edlinda akibat fibroid berjalan lancar namun masih dipantau di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta ibu negara.

Katanya, pendarahan selepas melahirkan anak kedua mereka semalam menyebabkan doktor terpaksa melakukan prosedur tersebut demi keselamatan wanita disayanginya itu.

Pemilik nama sebenar Khairil Azam Pilus, 37, itu memaklumkan Puteri Erma disorong kembali ke bilik bedah selepas pendarahan tidak berhenti yang berpunca daripada ketumbuhan melekat pada bahagian servik dan rahim.

“Setelah mendapat nasihat doktor, isteri saya sekali lagi dimasukkan ke dalam bilik pembedahan untuk proses membuang fibroid dan rahim.

“Alhamdulillah, pembedahan telah selesai dan kini isteri saya ditempatkan di ICU untuk dipantau kondisinya.

“Setakat ini, keadaan isteri saya stabil walaupun kehilangan banyak darah sewaktu pembedahan,” katanya menerusi perkongsian di laman sosial semalam.

Menurut bekas pengacara Trek Selebriti itu, terdapat tiga ketulan ketumbuhan fibroid yang menjadi punca kepada masalah pendarahan tersebut.

“Doktor memaklumkan isteri saya mempunyai tiga ketul fibroid dan satu yang paling mengganggu proses pengecutan rahim selepas bersalin.

“Sebab itu, pendarahan tidak berhenti dan akhirnya doktor membuat keputusan untuk membuang rahim isteri saya,” luahnya.

Sementara itu, Aril juga tidak ketinggalan meluahkan kegembiraan dikurniakan seorang lagi putera yang dilahirkan pada pukul 10.20 pagi semalam.

Aril dan Puteri Erma yang mendirikan rumah tangga mereka pada 20 Disember 2013 turut mempunyai seorang anak lelaki bernama Tun Adriel Mikael, 8. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI