fbpx

Berisi atau kurus, Fasha sentiasa seksi – Aidil Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DI MATA seorang lelaki bernama Aidil Aziz, isterinya Fasha Sandha sentiasa seksi, tidak kira sewaktu bertubuh gempal atau kurus.

KUALA LUMPUR – “Fasha sentiasa seksi. Saya sendiri tidak pernah kisah dia berisi atau kurus.”

Demikian respons pelakon Aidil Aziz tidak ambil pusing kritikan netizen, terutama tentang penampilan isterinya iaitu aktres Fasha Sandha yang dikatakan semakin seksi selepas berjaya menurunkan berat badan.

Ujar Aidil atau nama lengkapnya Mohd. Aidil Abdul Aziz, 36, gemuk atau kurus, permaisuri hatinya itu sentiasa seksi pada pandangan matanya.

“Dia (Fasha) tidak kurus pun sentiasa nampak seksi di mata saya. Jadi, saya tidak tahu nak cakap macam mana bila orang asyik berkata itu dan ini. Paling penting sihat,” katanya kepada Kosmo! Online

Pada masa sama, pelakon drama Suara Hati itu juga tidak mempedulikan dakwaan netizen kononnya dia menumpang hasil kerja keras isterinya.

Tegas Aidil, dia lebih mengutamakan kebahagiaan rumah tangga yang dibina bersama Fasha, berbanding memeningkan kepala memikirkan kata-kata negatif netizen.

“Saya tidak kisah apa orang nak cakap. Apa yang penting, dia adalah isteri saya dan saya adalah suaminya.

“Saya lebih fokuskan kepada keluarga dan mahukan kebahagiaan. Jadi saya tidak peduli apa orang cakap,” katanya.

Pada masa sama, Aidil ketika ditemui semasa majlis pelancaran program Unifi TV Originals semalam sempat memuji Fasha yang disifatkan sebagai pelakon yang komited dan sentiasa memberikan yang terbaik terhadap kerjaya seninya.

Malah, Aidil mengakui tidak kekok menuntut ilmu (lakonan) daripada isterinya walaupun bergelar ketua keluarga di rumah.

“Isteri saya memang  pelakon yang lebih senior berbanding saya. Malah, dia lebih baik daripada saya dari aspek kualiti lakonan dan komitmen.

“Sebagai suami yang juga pelakon, saya banyak belajar daripada dia tentang dunia lakonan,” jelas Aidil.

Sebelum ini, Fasha menuai kritikan ramai apabila dikatakan semakin ‘menggeletis’, malah penampilannya juga kian seksi selepas berjaya menurunkan berat badan.

Rata-rata netizen menganggap Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan, 39, tiada perasaan malu terhadap keluarga mentua apabila semakin rancak berjoget dalam media sosial.

Fasha kemudian sekali lagi menuai kritikan netizen apabila memuat naik video beraksi ‘daring’ bersama Aidil dalam sebuah kolam. Difahamkan, babak tersebut antara gimik promosi sebuah jenama produk kesihatan.

Bagaimanapun, Fasha telah tampil memohon maaf dan menegaskan rakaman babak intim dalam kolam bersama suaminya, Aidil Aziz yang dimuat naik dalam Instagram dilakukan atas dasar kerja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI