fbpx

Banjir Zoo Negara: Kerajaan teliti langkah terbaik elak insiden berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Para pekerja sedang membersihkan kawasan Zoo Negara akibat banjir kilat yang melanda Lembah Klang baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan meneliti langkah terbaik bagi mengatasi insiden banjir kilat melanda Zoo Negara pada 18 Oktober lalu.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya belum mendapat laporan penuh mengenai insiden itu namun, akan melihat isu itu dengan lebih teliti bagi mengelak insiden berulang.

“Kita akan tengok isu itu secara teliti. Sebab benda (insiden) itu baru berlaku.

“Kita akan dapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian itu untuk melihat apa puncanya dan fikirkan cara terbaik atasi masalah itu,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Persidangan Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2023 dan Pelancaran DKBK 2022 – 2030 di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seramai 50 orang pengunjung dilaporkan terperangkap semasa banjir kilat melanda Zoo Negara baru-baru ini, namun sempat diselamatkan oleh petugas dengan menaiki lori dan traktor.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmad Lana dilaporkan berkata, Zoo Negara menanggung kerugian lebih RM300,000 ekoran kejadian banjir kilat itu.

“Punca air naik di kawasan Zoo Negara adalah disebabkan limpahan dari Sungai Kemensah yang tidak dapat menampung walaupun sungai tersebut sudah diperbesarkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI