TINDAKAN pelakon senior Bollywood, Anil Kapoor menghapuskan semua hantaran Instagramnya pada Jumaat minggu lalu membimbangkan peminat.
Aktor berusia 66 tahun yang diikuti 5 juta pengikut dalam laman sosial itu turut mengejutkan puterinya, Sonam Kapoor serta menantu, Anand Ahuja.
Situasi tersebut turut mengundang kerisauan ramai, rata-rata peminat menyangka Anil merajuk dengan seseorang atau kecil hati terhadap industri.
Ketika spekulasi semakin bertebaran, ada pihak mendedahkan tindakan dilakukan hanya sebahagian daripada promosi filem baharu.
Menurut sumber, Anil dikatakan bakal tampil dalam sebuah filem ‘remake’ yang sebelum ini diterbitkan abangnya Boney Kapoor, Mr. India.
Filem terbitan 1987 tersebut menyaksikan sekumpulan penghuni rumah anak yatim yang berjuang menentang penjenayah.