PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir di tujuh negeri malam ini.
MetMalaysia menerusi Facebook rasminya berkata, antara negeri terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Selangor.
“Selain itu, turut diramalkan mengalami ribut petir adalah Sabah di Pedalaman, Wilayah Persekutuan Labuan, Pantai Barat, Tawau dan Sandakan.
“Di Sarawak, kawasan terlibat adalah di Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan,” jelasnya.
Kata MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE