fbpx

Terlantar lepas terjatuh ketika hantar jenazah ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. RAFFE (kiri) menjaga adiknya yang terlantar atas katil sejak lebih lapan tahun lalu ketika ditemui di rumah mereka di Felda Bukit Jalor, Tampin baru-baru ini.

TAMPIN – Meskipun kerap semput dan mempunyai penyakit ‘tiga serangkai’, seorang lelaki tetap bersemangat menjaga adik lelakinya yang terlantar selepas terjatuh lapan tahun lalu.

Mohd. Raffe Mohd. Tuhid, 44, berkata, pada awalnya, adiknya, Mohd. Hafiz, 36, yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik mampu menjaga diri dengan bekerja di sebuah kilang di Rembau.

Namun segala-galanya berubah selepas ibu mereka, Jamisah Abdul Rahman meninggal dunia pada September 2012.

“Sewaktu jenazah emak dimasukkan ke dalam van, adik saya (Mohd. Hafiz) terjatuh ke dalam longkang. Sakit akibat terjatuh itu berlarutan sehingga menjejaskan fungsi saraf.

“Takdir Allah, adik sakit begini. Dari boleh berjalan dan be­kerja seperti individu lain, kini dia lebih banyak berbaring atas katil mudah laras hasil sumbangan orang ramai.

“Otak yang mengawal fungsi saraf di seluruh badannya mengecut. Beberapa tahun lalu, adik dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) dan layak menerima bantuan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Bukit Jalor, di sini.

Menurut Mohd. Raffe, dia dan adiknya kini bergantung dengan wang sara hidup yang diberikan Felda dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan.

Wang itu digunakan de­ngan cermat termasuk untuk membeli lampin pakai buang dan berulang-alik ke hospital.

“Saya bekerja jauh sebelum ini, jadi bimbang juga kalau tinggalkan adik seorang diri. Jadi saya berniaga kecil-kecilan di hadapan rumah,” katanya.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan bantuan boleh me­nyalurkan ke akaun Maybank bernombor 155096197371 atas nama Mohd. Raffe.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI