fbpx

Ribut petir hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat hampir di seluruh negara sehingga pukul 6 petang, hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu melibatkan Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor.

Bagi Sabah, cuaca buruk dijangka melanda Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat sementara di Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limban.

Justeru, pengguna jalan raya dan penduduk di kawasan rendah dinasihatkan agar berwaspada susulan hujan lebat yang dikhuatiri boleh mengakibatkan banjir kilat.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI