fbpx

Pink Racing: Harith kotakan janji aksi di Tangkak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARITH berjaya mengutip lima mata pada perlumbaan di Tangkak semalam apabila mengakhiri saingan di kedudukan ke-11.

PELUMBA Tobaki Cilik Pink Ra­cing, Harith Farhan Baharin mengotakan janjinya apabila menamatkan perlumbaan Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix Malaysia dengan kutipan mata selepas menamatkan saingan tempat ke-11 keseluruhan di Tangkak, Johor semalam.

Pada perlumbaan di Kompleks Sukan Permotoran Tangkak tersebut, Harith yang memulakan perlumbaan tempat ke-12 tampil dengan baik apabila berada dalam kedudukan tempat kelapan dan berpeluang untuk mengejar kelompok hadapan.

Bagaimanapun, impian pelumba kelahiran Terengganu itu tidak kesampaian sekali gus memaksanya mengekalkan kedudukannya di kedudukan ke-11 untuk meraih lima mata.

Pengurus pasukan, Nur Atikah Azwar berkata, dia berbangga apabila kesemua pelumbanya berjaya menamatkan saingan tanpa sebarang masalah jentera.

“Alhamdulilah untuk Pusingan 9 ini dan kesemua pelumba kita bersedia untuk lakukan terbaik pada perlumbaan akhir. Prestasi jentera bertambah baik untuk pusingan kali ini.

“Kami menjangkakan dapat mengumpul mata yang berharga untuk pusingan ini, Alhamdulilah Harith berjaya menamatkan perlumbaan tempat ke-11, Afizi Supaat tempat ke-17 dan Qhuwarismi Nasir tempat ke-19,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Pada perlumbaan CP150 tersebut, pasukan Sprinta Yamaha-CKJ Racing terus cemerlang apabila berjaya menamatkan saingan itu dengan keputusan 1-2 menerusi Ahmad Afif Amran dan Akid Aziz.

Lebih manis, Akid Aziz terus dinobatkan juara CP150 selepas mengumpul 166 mata dan meninggalkan 27 mata rakan sepasukannya, Afif Amran dengan 139 mata di tempat kedua.

Perlumbaan Pusingan 10 akan berlangsung di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 25 dan 26 November nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI