fbpx

Perli GV10 memang ada dalam skrip – Janna Nick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA NICK

SHAH ALAM – Pengacara Famili Duo musim ketiga (FD3), Janna Nick mengaku memang memerli All Stars Gegar Vaganza (GV10) yang bersiaran sama hari dan waktu dengan program kendaliannya.

Bagaimanapun, Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner itu berkata, dia tidak mempunyai masalah peribadi dengan semua pengacara GV10, baik Nabil Ahmad dan Jihan Muse, begitu juga bekas hos,  Elly Mazlein.

Apa yang dilakukannya sekadar bersifat memulangkan paku buah keras memandangkan, ‘perang’ sindir-menyindir awalnya dimulakan produksi GV10.

“Benda (perli) itu ada memang dalam skrip, jadi apabila berbicara secara spontan atau kasual saya hanya tambah perasa.

“Saya dapat tahu daripada sebelum FD3 bersiaran pun program sebelah sana pun rancak perli rancangan kami, jadi saya pun balas balik.

“Secara peribadi, saya tiada isu dengan mana-mana pihak dalam industri tetapi pandangan orang luar mungkin rasa sangat sensitif,” katanya ketika ditemui media semalam.

Akur dengan kebencian netizen terhadap dirinya, aktres merangkap produser itu enggan ambil pusing komen negatif, sebaliknya hanya menumpukan perhatian melunaskan tugasan sebagai hos.

“Janna Nick memang ramai ‘haters’. Boleh jadi mereka terlampau obses untuk mencari benda negatif mengenai saya.

“Lebih baik saya ambil yang positif, terima dengan hati terbuka bagi setiap teguran selagi nasihat tersebut membina.

“Kalau mengarut saya akan pekakkan telinga. Cuma, teguran yang masuk ke hati saya adalah daripada penerbit sahaja,” jelasnya lagi.

Pada minggu pertama FD3 bersiaran, isteri kepada aktor Dini Schatzmann itu dilabel sebagai pengacara toksik disebabkan kelantangan mulutnya memerli fenomena sebuah rancangan realiti lain.

Selain Janna, FD3 turut dikendalikan penyanyi Izzue Islam yang bersiaran secara langsung setiap Ahad pukul 9 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI