fbpx

MYAirline: PDRM gesa pelabur saham i-Serve buat laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta mana-mana pihak yang terlibat dalam pelaburan saham i-Serve agar tampil membuat laporan bagi membantu siasatan berhubung isu pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan seorang pengasas syarikat penerbangan tambang rendah bergelar ‘Datuk’.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, laporan daripada pelabur saham berkenaan adalah penting bagi mengetahui jumlah keseluruhan pelaburan yang dibuat oleh mereka.

“Pihak JSJK PDRM meminta semua pelabur dalam i-Serve yang masih belum buat laporan untuk tampil membuat laporan polis terhadap jumlah pelaburan mereka.

“Laporan berkenaan adalah untuk membantu polis dalam siasatan menyeluruh terhadap i-Serve, QA Partnership, Trillion Cove dan MYAirline.

“Ia adalah penting untuk membantu siasatan polis selanjutnya. Kerjasama semua adalah sangat dihargai. Terima kasih,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan polis menahan seorang lelaki tempatan yang juga pemegang saham i-Serve bagi membantu siasatan berhubung isu pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan seorang pengasas syarikat penerbangan tambang rendah bergelar ‘Datuk’.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek berusia 40 tahun itu ditahan di rumahnya di Bangsar, di sini, kira-kira pukul 1 pagi tadi.

Seterusnya, suspek keempat itu dibawa Lokap Berpusat Jinjang, di sini untuk tahanan reman pada pukul 10 pagi ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI