fbpx

Luahan pembaca: Israel boleh diheret ke mahkamah ICC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berarak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat sempena Himpunan Solidariti Palestin di ibu negara baru-baru ini. – AMIR KHALID

Saudara pengarang,

Umum mengetahui mengenai penindasan yang dilakukan Israel ke atas rakyat Palestin. Terbaharu, Israel mengambil tindakan ketenteraan secara melampau sebagai usaha balas dendam kepada Hamas yang melancarkan serangan pada 7 Oktober lalu.

Israel memang sudah terlebih layak untuk diheret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas segala kekejaman yang dilakukan.

Isunya bolehkah Israel didakwa? Pada Mac 2021, ICC memutuskan memiliki bidang kuasa ke atas wilayah Palestin yang ditakluk Israel, sekali gus membuka laluan untuk pihak ICC menyiasat jenayah peperangan yang dilakukan.

Keputusan ICC juga mengundang rasa marah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan mengelar ia sebagai anti-Yahudi. Beliau menyatakan ICC bukan lagi badan kehakiman, tetapi badan politik.

Sekian lama, Israel mengetepikan banyak peruntukan undang-undang antarabangsa dengan melakukan pelbagai bentuk penindasan terhadap Palestin. Terdapat usaha diambil Israel serta pihak tertentu untuk menafikan kewujudan negara Palestin.

Netanyahu melalui kempen pilihan raya Israel menyatakan hasrat untuk ambil beberapa kawasan milik Palestin di Tebing Barat sebagai wilayah mutlak.

Sejak penubuhan Israel pada 1948, rakyatnya tidak pernah mengecapi keamanan. Untuk rekod, Israel banyak melanggar Konvensyen Geneva dan undang-undang antarabangsa lain khususnya berkaitan hak asasi manusia terhadap Palestin.

Semua perlanggaran itu membolehkan Palestin membawa kes ke pengetahuan pihak ICC. Biarpun Israel tidak menjadi anggota ICC, namun tindakan boleh diambil antaranya jenayah perang, kemanusiaan, pembunuhan beramai-ramai orang awam dan lain-lain seperti termaktub bawah Artikel 5, 7 and 8 Statut Rom ICC.

Antara hukumannya penjara untuk satu tempoh yang lama, denda serta rampasan harta.

Semua negara dunia yang masih percaya pada prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang perlu memberi kerjasama serta sokongan kepada rakyat Palestin.

Negara Islam termasuk Malaysia harus berani membantu tanpa bimbang akan ancaman yang bakal diterima daripada negara yang menyebelahi Israel.

Dr. Muzaffar Syah
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI