fbpx

Kumpulan Jakel sumbang RM500,000 kepada tabung Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faroz ketika menghulurkan sumbangan berjumlah RM3 juta kepada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin, di Ibu Pejabat Kumpulan Jakel, Kuala Lumpur, Jumaat lalu,

PETALING JAYA – Jakel Tekstil dan Ariani masing-masing menghulurkan sumbangan berjumlah RM300,000 dan RM200,000 kepada Tabung Viva Palestina bertempat di Ibu Pejabat Kumpulan Jakel, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, inisiatif tersebut adalah satu bentuk pernyataan kebersamaan dan solidariti syarikat untuk penduduk Gaza.

“Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan sokongan berterusan kami kepada usaha kemanusiaan di Palestin.

“Ia juga berfungsi sebagai peringatan mendalam bahawa komitmen Malaysia terhadap perjuangan Palestin tetap kukuh dan tidak berbelah bagi,” katanya.

Tambahnya, keadaan di Palestin juga kini semakin meruncing selepas Israel bertindak melanggar undang-undang peperangan antarabangsa dengan menyerang kemudahan awam seperti hospital, sekolah, masjid, dan gereja.

“Banyak nyawa telah terkorban dan ramai juga yang cedera. Tambah lagi, dengan hospital yang dibom, bantuan perubatan juga menjadi sukar.

“Dalam menghadapi tragedi tersebut, situasi di Gaza telah mengundang perhatian antarabangsa. Banyak negara telah tampil untuk membantu rakyat Palestin yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan asas seperti air, elektrik, makanan, dan perubatan,” katanya.

Dalam pada itu, melalui satu usaha kolektif melalui Kerajaan Malaysia, Kumpulan Jakel turut menghulurkan sumbangan berjumlah RM3 juta kepada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan oleh Kementerian Luar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI