GAZA – Sebuah konvoi memasuki Genting Gaza yang terkepung melalui pintu Lintasan Sempadan Rafah hari ini, kata beberapa pemberita AFP di sebelah Mesir dan Palestin, yang ketiga sejak perang tercetus pada 7 Oktober lalu.
Lebih 12 treler melintasi Rafah, kata mereka sekali gus tambahan kepada jumlah keseluruhan 34 treler yang memasuki Gaza kelmarin dan semalam, demikian menurut seorang pegawai Palang Merah Mesir.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan, sekurang-kurangnya 100 treler sehari diperlukan untuk membekalkan keperluan asas kepada 2.4 bilion penduduk Gaza ketika perang semakin sengit. – AFP