fbpx

Konflik Palestin-Israel: Kanak-kanak tulis nama di tangan, mudah cam jika mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak sedang menulis nama pada lengan masing-masing.

PETALING JAYA – Bagi memudahkan jenazah dicam ahli keluarga atau penyelamat, kanak-kanak di Palestin sepakat menulis nama mereka di lengan masing-masing.

Menerusi video yang dikongsikan Tanwirfatima72 di Instagram memaparkan, beberapa orang kanak-kanak lelaki dan perempuan saling bantu-membantu menulis nama mereka.

“Menulis nama di tangan kerana apabila dibom, mereka akan dikenali untuk mengetahui siapa mereka. Realiti abad kita hari ini,” menurut kapsyen pada video tersebut.

Terdahulu Kosmo! menerusi agensi melaporkan, sekurang-kurangnya 4,385 rakyat Palestin termasuk 1,756 kanak-kanak dan 1,000 wanita terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza.

Angka itu juga mencatatkan lebih 1,400 orang di Israel sejak pertempuran berlaku pada 7 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI