fbpx

Konflik Palestin-Israel: Kami bangga dengan kamu sayang – Bapa Nurul Ain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Ain (kiri) dan suaminya, Mohamed Adan.

PETALING JAYA – Bapa kepada rakyat Malaysia yang menetap di Gaza, Nurul Ain Haron, meluahkan rasa bangga terhadap usaha berterusan anaknya membantu penduduk Gaza.

Haron Hamim menerusi ruangan komen pada hantaran Nurul Ain di Facebook, turut memuji suami anaknya itu, Mohamed Adan Shaat.

“Alhamdulillah ya anakku Nurul Ain. Tak kira apa rintangan, biar pun badan tak sihat demi berkebajikan.

“Sejuk hati papa dan mama, juga dik mok adikmu.

“Kami bangga dengan kamu sayang. Muhammad, kamu hebat sayang. Sayang dan rindu kamu berdua,” katanya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Nurul Ain dan Mohamed Adan terpaksa meneruskan perjuangan membeli barangan bantuan untuk disalurkan kepada penduduk di sana menggunakan kenderaan berkuda.

Ia berikutan kedua mereka tidak berjaya mendapatkan perkhidmatan teksi kerana semuanya kehabisan gas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI