PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia berkumpul di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam esok.
Beliau menerusi satu hantaran di Facebook berkata, ia bertujuan untuk membuktikan solidariti negara bersama rakyat Palestin.
Program tersebut dijadualkan bermula pada pukul 7.30 sehingga 10.30 malam.
“Ayuh seluruh rakyat Malaysia turun ke Axiata Arena, Bukit Jalil esok malam sebagai tanda solidariti kita bersama rakyat Palestin!,” katanya.
Sebelumnya Kosmo! melaporkan, Anwar telah tiba di Kaherah, Mesir untuk lawatan kerja satu hari.
Katanya, beliau dijadualkan mengadakan pertemuan bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi dalam lawatan tersebut. – KOSMO! ONLINE