fbpx

Kejatuhan ringgit sebab faktor luaran – BNM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gobenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour menjawab persoalan daripada media pada Persidangan JC3 Journey To Zero 2023 di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ini adalah disebabkan faktor luaran, terutamanya pengukuhan ekonomi AS, menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.

Katanya, dengan pertumbuhan ekonomi negara yang beroleh momentum, penurunan inflasi yang stabil, lebihan akaun semasa dan sistem perbankan yang kukuh, pergerakan ringgit semasa dilihat lebih banyak dipengaruhi oleh peristiwa global dan tidak mencerminkan asas ekonomi negara.

“Kita kini dalam persekitaran AS$ yang kuat disebabkan beberapa faktor seperti keadaan moentari yang ketat di sana, angka prestasi ekonomi AS yang kukuh dan perkembangan global termasuk keadaan geopolitik yang mempengaruhi pasaran kewangan.

“Bercakap soal ringgit, penurunan nilai tidak unik kepada Malaysia, hampir semua mata wang di dunia menurun berbanding AS$ terutamanya negara membangun termasuk Malaysia.

“Apa yang saya ingin tekankan ialah walaupun kita (nilai ringgit) telah mencecah paras AFC (Krisis Kewangan Asia), kita bukan dalam krisis. Dari segi perkembangan ekonomi Malaysia, baru-baru ini  Jabatan Perangkaan telah menerbitkan Anggaran Keluaran Dalam Negara Kasar Awalan bagi suku ketiga 2023 pada pertumbuhan 3.3 peratus, lebih baik berbanding 2.9 peratus pada suku kedua,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Perjalanan JC3 kepada Sifar di Sasana Kijang, di sini hari ini.

Ringgit hari ini diniagakan pada 4.78 berbanding AS$. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI