fbpx

Hebatnya netizen, tahu ya Shila mimpi siapa – Sophia AlBarakbah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOPHIA 'kagum' dengan kelicikkan netizen yang handal menilik dan memetik namanya sebagai wanita dalam mimpi Shila Amzah.

“NETIZEN tahu ya dia (Shila) mimpi siapa. Hebat netizen kita.”

Demikian respons pelakon sensasi Sophia Albarakbah apabila namanya dikaitkan dengan mimpi peserta Famili Duo musim ketiga (FD3), Shila Amzah yang didatangi bayangan kononnya, perkahwinan  dengan Ubai berdepan gangguan orang ketiga atau penyondol.

Sophia berkata, netizen licik meneka mimpi isteri pensohor media sosial, Ubai mengenai pelakon wanita yang dikatakan menyondol suaminya.

“Saya rasa tidak perlu komen tentang isu ini kerana tiada kaitan pun dengan saya,” katanya kepada HibGlam ketika ditemui pada konsert minggu kedua FD3, malam tadi.

Nama Sophia dipetik netizen selepas Shila mendedahkan mimpi rumah tangganya diganggu gara-gara terkesan dengan kontroversi perkahwinan selebriti lain.

Pelakon drama Viu, From Saga With Love itu difahamkan hadir ke FD3 sebagai tetamu jemputan bagi memeriahkan program tersebut.

Sebelum ini, nama Sophia dikaitkan dengan beberapa pelakon lelaki yang pernah bergandingan dalam drama lakonannya.

Antara yang paling hangat diperkatakan adalah gosip cinta lokasi dengan Aliff Aziz menerusi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI