fbpx

Dewan Rakyat: Gagal ujian bahasa Melayu punca banyak permohonan kewarganegaraan ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin.

KUALA LUMPUR – Gagal ujian penguasaan bahasa Melayu antara punca kebanyakan permohonan kewarganegaraan dalam kumpulan warga emas tidak diluluskan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ujian itu antara syarat permohonan yang turut menjadi panduan negara lain dalam memberi status kewarganegaraan.

“Markah lulus (di Malaysia) adalah lapan. Kadang-kadang kita luluskan yang dapat dua pun. Dua ini maknanya terima kasih, dia jawab sama-sama. Itu pun kita lulus.

“Kita turunkan kayu ukur sampai ke tahap itu. Ada dalam warga usia lama ini terlalu fasih bahasa asing sampai tidak boleh langsung (bertutur dalam bahasa rasmi). Itu pun kita cuba bantu,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) yang memaklumkan bahawa terdapat permohonan kewarganegaraan oleh warga emas tidak diluluskan dan mengambil masa yang lama.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata, dalam tempoh 10 bulan ini KDN telah membuat keputusan melibatkan 10,381 permohonan bagi mendapatkan status kewarganegaraan dengan kebanyakannya kes anak angkat dan anak tidak sah taraf.

“Mereka tidak boleh ke sekolah dan terpaksa bayar bil hospital yang mahal. Kita minta pegawai di KDN selesaikan ini dahulu.

“Bagaimanapun kita ditohmah luluskan puluhan ribu permohonan warganegara kepada rakyat China. Ini jahat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI