fbpx

Bomba siap sedia PRK Kemaman dalam banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Wahab (dua dari kiri) menyampaikan sijil APC kepada salah seorang pegawai JBPM Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku banjir sewaktu tempoh Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada awal Disember depan.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata, pihaknya akan membantu sekiranya terdapat keperluan penggunaan aset bagi tujuan pengurusan peti undi atau membawa pengundi ke pusat mengundi dalam keadaan banjir.

Beliau menjelaskan, sebanyak 36 lokasi berisiko banjir telah dikenalpasti di Kemaman dan pihaknya sentiasa memantau maklumat semasa dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan.

“JBPM akan memberi tumpuan di kawasan terlibat sekiranya terdapat permintaan aset darat, udara atau marin sepanjang tempoh pilihan raya.

“Begitupun, belum ada perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu tersebut setakat ini,” katanya selepas merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) peringkat JBPM Terengganu di sini hari ini.

Abdul Wahab berkata, seramai 1,070 pegawai dan anggota termasuk daripada pasukan bomba sukarela berada dalam kesiapsiagaan terbaik untuk menghadapi monsun Timur Laut (MTL) sewaktu tempoh PRK Kemaman.

Tegas beliau, keutamaan sepanjang MTL
bermula bulan depan sehingga Mac tahun depan tetap diberikan terhadap keselamatan orang ramai.

Dalam perkembangan sama, Abdul Wahab berkata, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, Marang akan menjadi pengkalan hadapan JBPM menghadapi MTL di Pantai Timur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI