fbpx

Bali darurat? Kehidupan berjalan macam biasa – Nourul Depp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI, Nourul Depp dan suami, Eric.

PETALING JAYA – “Kehidupan berjalan seperti biasa”

Demikian ujar penyanyi Nourul Depp menjawab kebimbangan rakyat Malaysia dan rakan media apabila Bali diisytiharkan darurat selama dua minggu akibat kemarau dan kebakaran yang melanda pulau peranginan itu.

Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 46, berpindah ke Bali, Indonesia bersama keluarganya sejak September 2021 demi memberi pendidikan terbaik buat anak-anaknya.

“Sebab ramai yang tanya Nourul okey ke dekat Bali? Saya jawab, sini tiada apa-apa darurat hidup seperti biasa. Ya memang ada kebakaran, ya tengah kemarau tapi sekarang sudah nampak mendung sedikit.

“Sepatutnya sudah masuk musim hujan, tetapi disini masih panas dan kering. Mudahan-mudahan akan hujan dan musim tengkujuh akan sampai tidak lama lagi.

“Buat semua kawan-kawan dan teman media yang bertanya kehidupan di Bali berjalan seperti biasa.

“Terima kasih kerana memikirkan kami dan terima kasih ambil berat keadaan kami di sini,” ujar Nourul dalam sebuah video yang dimuat naik dalam akaun Instagram.

Nourul yang sedang menunggang motosikal berhenti di tepi jalan untuk merakam video tersebut sempat menunjukkan situasi kesibukan jalan raya yang berjalan seperti kebiasaan.

Nourul berkahwin dengan Eric Daniel Depp pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 10, Raphael, 8, dan Isabella 4.

Sementara menerusi perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayu Nazirah, 25.

Terdahulu, pengisytiharan darurat Bali mencetuskan kebimbangan ramai terutama mereka yang telah merancang percutian ke pulau tersebut.

Arahan tersebut dikeluarkan pada Khamis lalu dan membabitkan semua daerah dan bandar di seluruh wilayah itu, termasuk Denpasar, Badung, Bangli, Buleleng, Gianyar, Jembrana, Karangasem, Klungkung dan Tabanan.

Darurat berkuat kuasa sehingga 1 November dan boleh dilanjutkan atau dipendekkan mengikut keperluan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI