fbpx

Zii Jia tumbang di final Terbuka Denmark

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA terpaksa akur tewas 12-21, 6-21 kepada Hongyang dalam tempoh 32 minit pada final Terbuka Denmark di Odense sebentar tadi. - AFP

KUALA LUMPUR – Hasrat jaguh badminton perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia merangkul kejuaraan antarabangsa kedua berturut-turut tidak kesampaian selepas kecundang di final Terbuka Denmark sebentar tadi.

Zii Jia, 25, yang masih segar dengan kejayaan menjuarai Terbuka Arctic di Vantaa, Finland minggu lalu, seperti tidak berada pada tahap terbaiknya menentang pemain China, Weng Hongyang dalam perlawanan akhir di Arena Fyn, Odense itu.

Apa tidaknya, bekas juara All England itu 2021 itu seperti tidak bermaya apabila tewas mudah 12-21, 6-21 kepada lawan No.20 dunia tersebut dalam tempoh 32 minit.

Ia adalah kekalahan ketiga berturut-turut anak jati Alor Setar, Kedah itu kepada Hong Yang, 23, dalam tahun ini selepas pernah menewaskan lawan No.20 dunia tersebut ketika kali pertama bertemu di Kejonanan Badminton Asia 2022.

Kekalahan itu menyaksikan Zii Jia gagal mengikut jejak beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang mendakap gelaran Terbuka Denmark selepas menewaskan pasangan dari Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana 21-13, 21-17.

Zii Jia yang kini berada di ranking ke-14 dunia, perlu segera bangkit melupakan kekalahan final itu dengan memberikan fokus penuh kepada Terbuka Perancis di Glaz Arena, Cesson-Sevigne bermula Selasa ini.

Ini kerana Zii Jia dijadualkan bertemu Hongyang di pusingan pertama, sekali gus memberi peluang terbaik kepada bintang negara itu membalas dendamnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN