fbpx

[VIDEO] Konflik Palestin-Israel: Budak tular menggigil ketakutan di hospital masih hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar (kiri) yang memaparkan kanak-kanak itu ketakutan apabila rumahnya dibom ketika sedang tidur manakala kanan, dia kini kelihatan ceria dan dilaporkan masih hidup.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki yang tular dan dikatakan terbunuh ketika berlindung di sebuah hospital di Gaza, masih hidup.

Malah, menerusi perkongsian di TikTok Siti Aishah Abdullah, dia yang kelihatan ceria kini dipercayai sudah kembali bertemu keluarganya.

“Hari ni 20 Oktober, Jumaat. Sesiapa yang tanya tentang saya, terima kasih dan sayang awak,” ujarnya.

Sebelum ini menerusi video terjemahan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cinta Syria Malaysia, kanak-kanak itu mengadu dan menggigil ketakutan apabila rumahnya dibom ketika sedang tidur.

Tidak lama kemudian, kanak-kanak itu kembali tular apabila dikatakan sudah meninggal dunia ketika hospital itu diserang.

Difahamkan, yang dikatakan meninggal dunia itu adalah kanak-kanak lain.

Orang ramai rata-rata gembira dan menyatakan kesyukuran kerana kanak-kanak itu masih dalam keadaan selamat.

“Semalaman aku menangis tengok orang post video anak ni dah syahid ya Allah, sampai bengkak mata ni. Alhamdulillah sayang,” kata Biii.

“Syukur Alhamdulillah tapi rasa bersalah sebab terkongsi juga dari TikTok orang lain yang kata anak ni meninggal,” ucap Hajar81.

“Semoga sihat selalu sayang. Hari tu dah nangis bila ada yang kongsi kata dia dah syahid,” komen AiezaaRamzan. – KOSMO! ONLINE

@ctaishah1990 Allahuakhbar..😭seharian ku menanges teringat anak ni..siapa la yg viralkan anak ni dah meninggal tu?😢Dier sihat sejahtera dipangkuan keluarga tersayang..semoga Allah sentiasa melindungimu sayang❤️ #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚viral #CapCut #hasbunallahwaniqmalwakil ♬ Atouna El Toufoule – Embun Senja

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI