fbpx

To’ki mengaku ahli kongsi gelap, ‘diikat’ sampai sekarang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
To'ki mengaku masih berstatus ahli kongsi gelap namun tidak menyalahi laras undang-undang negara. - MOHD. FARIZWAN HASBULLAH.

KONFLIK antara penyanyi popular era 1990-an, To’ki dengan tuan rumah sewanya sejak awal Ogos meraih tumpuan ramai apabila satu per satu dakwaan pemilik kediaman berlegar dalam gelanggang media sosial.

Walau tidak menyebut nama personaliti popular dimaksudkan, rata-rata dapat meneka individu yang didakwa berdegil enggan berpindah selepas gagal melunaskan sewa adalah penyanyi lagu Biasan.

Bagi tuan punya diri, ada sebab yang membuatkannya mengambil pendekatan berdiam diri biarpun satu per satu dakwaan mencalarkan maruahnya sebagai seorang lelaki dan ketua keluarga.

Akuinya, biar ketika zaman muda dirinya dikenali sebagai individu lantang, namun kini dia lebih selesa membiarkan pihak di sana meluahkan segala isi hati kepada media.

“Ada yang bertanya kenapa saya membisu ketika isu tunggakan sewa rumah yang didakwa pihak terbabit mencecah RM3,600 untuk empat bulan hangat dijaja di sana sini.

“Saya tak mahu bergaduh sebab dah berbincang pun minta tempoh kerana menjaga ibu mentua yang terlantar, selain perlu masa nak cari rumah lain untuk orang sakit seperti ini.

“Tapi saya pun bukan bodoh, berpelajaran cuma janganlah anggap macam pengemis dan berkali-kali halau kami.

“Sudahnya selepas semakan tunggakan itu cuma dua bulan yang kini telah dibayar oleh Baitulmal,” katanya.

Biar dicop gengster

Pemilik nama sebenar Mohd. Zaki Mansur itu juga menyedari dicop gengster rentetan insiden memegang parang ketika pemilik bersama segerombolan lelaki menyerbu rumahnya, baru-baru ini.

Tidak melatah, katanya tindakan itu lebih kepada menjaga keselamatan keluarga kerana tidak tahu motif mereka datang beramai-ramai menjelang tengah malam.

Malah tanpa berselindung, dia turut mendedahkan turut terlibat dengan dunia kongsi gelap sejak usia belasan tahun mengikut rakan sebaya, selain dorongan darah muda.

Katanya, pada waktu itu sebagai anak kampung yang tinggal di utara tanah air berhampiran sempadan Malaysia-Thailand, semangat setiakawan sesama mereka kuat sehingga wujudnya sebuah perkumpulan berkonsep ‘brotherhood’.

“Masa itu yang kita tahu kumpulan yang kita sertai sekadar ikatan penyatuan apatah lagi kami bukan merompak, mencuri mahu pun rosakkan harta benda, sebaliknya lebih kepada saling menolong.

“Orang pun tahu saya tak suka gaduh. Dalam kalangan kami sampai sekarang saya dalam kategori pendamai, iaitu individu yang kerap diminta menjernihkan perbalahan.

“Cuma bila berada dalam kumpulan sebegini, memang tiada jalan keluar tapi saya bukan buat kerja tak elok atau melanggar undang-undang, jadi sampai sekarang tak boleh lari,” ulasnya.

Lagu dibayar RM500

Lebih selesa bercerita perkembangan terkini, akui pemenang Pesta Lagu Asia 1993 itu, situasinya masih macam dulu giat menghasilkan lagu walaupun kerap tertipu.

“Kalau saya gengster memang saya dah cari individu yang curi lagu kerana tak bayar hasil karya saya.

“Saya cuma To’ki, yang berkarya demi cinta pada seni tetapi dalam masa sama ingin cari rezeki.

“Ada juga yang beli lagu, bayar saya RM500 sahaja. Tak apalah, saya tak mahu kejar atau paksa rezeki yang bukan tertulis untuk saya. Saya juga paling jaga bab itu. Tak ada duit tak apa, tetapi jangan berhutang,” katanya.

Menyentuh soal bantuan, kata To’ki yang enggan meminta-minta, perasaan terkilan turut dirasai apabila tiada wakil persatuan membabitkan artis bertanya khabar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI