fbpx

Solidariti peserta GV10 pejuangkan nasib Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEMUA peserta GV10 bersatu hati mendendangkan lagu Ku Mohon sebagai solidariti demi membela nasib umat Islam bumi Palestin berdepan kekejaman Zionis ketika ini.

SHAH ALAM – Panggung konsert All Stars Gegar Vaganza (GV10) minggu kelima dibuka dengan persembahan istimewa 13 peserta menerusi dendangan lagu Ku Mohon sebagai solidariti demi membela nasib umat Islam di bumi Palestin.

Malah, seluruh tenaga kerja GV10 turut bersama memberi sumbangan untuk membantu meringankan beban ditanggung rakyat Palestin.

“Demi meringankan beban mereka di sana, pihak Astro, kru produksi, juri dan barisan peserta dengan bermurah hati memberikan sumbangan kepada akaun Amanah Kemanusian Rakyat Palestin,” ujar Nabil.

Setelah pengumuman itu, dewan senyap seketika bagi memberi laluan bacaan Al-Fatihah kepada saudara Islam yang telah syahid dek kekejaman Zionis.

Setakat ini lebih 4,300 penduduk dengan kebanyakannya orang awam, telah terbunuh akibat pengeboman Rejim Zionis sebagai tindak balas kepada serangan Hamas pada 7 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI