fbpx

Serie A: Juventus hanya idam kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHIESA memberikan khabar gembira buat Juventus apabila disahkan cergas untuk turun menentang Milan awal pagi esok. - AFP

TURIN – Pengendali Juventus, Massimiliano Allegri mengakui visi utama pasukannya adalah untuk melakar kemenangan menjelang aksi bertemu pendahulu Serie A, AC Milan di San Siro awal pagi esok.

Menurut Allegri, keputusan positif cukup penting andai pasukan berhasrat untuk merebut gelaran Scudetto pada kali ini selepas dibezakan empat mata berbanding The Rossoneri selepas mengharungi lapan perlawanan.

“Fokus pasukan ketika ini adalah untuk melakar kemenangan ke atas AC Milan. Tiada keputusan lain yang kami mahu dan sudah tentu paling penting untuk elakkan kekalahan andai tidak mahu terus keciciran mata.

“Semua tahu Milan adalah salah satu seteru tradisi pasukan dan jika kita melakar kemenangan, sudah tentu moral pasukan untuk mengharungi baki saingan musim ini akan semakin memuncak,” kata Allegri.

Sementara itu, skuad The Old Lady boleh menarik nafas lega selepas pemain sayap utama, Federico Chiesa disahkan sudah pulih sepenuhnya dan mungkin boleh beraksi menentang Milan nanti.

Sebagai rekod, Chiesa sebelum ini telah dipanggil menyertai skuad kebangsaan Itali pada kalendar antarabangsa awal bulan ini sebelum terpaksa disisihkan ekoran kecederaan.

Bagaimanapun, selepas melakukan ujian perubatan, pemain berusia 25 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan mula dibenarkan menjalani latihan bersama skuad utama kelmarin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN