fbpx

Sebar gambar di TikTok punca rakan sekelas ditampar lima kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar suspek mengasari rakan sekelas selepas menyebarkan gambarnya di TikTok, Jumaat lalu.

KAJANG – Berang gambar ‘aib’ disebar di platform TikTok, seorang pelajar Tingkatan Lima bertindak mengasari rakannya di dalam kelas sebuah sekolah, di sini Jumaat lalu.

Video berdurasi 56 saat itu tular di media sosial sejak semalam manakala pelajar terbabit mendakwa dirinya tidak rapat dengan mangsa dan tidak pernah menggunakan telefon bimbit milk rakan sekelasnya itu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang dibuat oleh suspek yang merupakan pelajar berusia 17 tahun.

“Hasil siasatan kejadian dikatakan berlaku pada Jumaat lalu selepas suspek melihat satu hantaran gambar yang mengaibkan dirinya di akaun TikTok milik rakan sekelasnya.

“Suspek kemudiannya berjumpa dengan rakan tersebut dan telah bertindak menampar pipi rakan sebanyak lima kali sambil bertanya mengapa mangsa mempunyai gambarnya,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa memberitahu bahawa gambar tersebut diambil sendiri oleh suspek menggunakan telefon milik rakan.

“Akibat sangat marah, pelajar tersebut telah menampar muka mangsa yang dikatakan telah menjatuhkan maruahnya. Suspek telah tampil ke balai untuk membuat laporan polis sebagai laporan perlindungan diri berhubung kejadian tersebut.

“Mangsa dalam kes ini juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian ini semalam,”jelasnya.

Menurut Mohd Zaid, kes ini telah disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sesiapa yang ada maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-998 5730 bagi membantu siasatan,”tegasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI