KASIHAN betul pelakon Liyana Jasmay. Dia tidak buat salah apa-apa, tapi kena kecam dengan netizen disebabkan salah faham.
Semuanya gara-gara isu ‘pelanduk dua serupa’ yang sebelum ini berkongsi mengenai isu Palestin dan Israel dalam TikTok miliknya.
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah, wajah wanita tersebut memang seiras betul dengan Liyana.
Tak pasal-pasal, pelakon itu terkena tempias dikecam apabila ada segelintir netizen tersalah memberi sasaran.
Tidak berdiam diri, Liyana yang kecewa kemudiannya menegur sikap netizen apabila suka mencari kesalahan dan bertindak menghukum seseorang sesuka hati tanpa usul periksa.
“Jangan beria sangat cari salah orang dan kecam orang dengan penuh rasa bangga. Langsung tidak ada rasa bersalah.
“Kedua, tolong jangan sebarkan fitnah. Ketiga berhentilah menghukum orang sesuka hati,” tulisnya.
Diva yang tengok video tersebut pada awalnya juga ingat wanita itu adalah Liyana sebab memang saling tak tumpah wajah mereka benar-benar seiras.
DIVA: Seronok pula layan semula sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu sekarang sejak Sabri dan Angeline kahwin!