fbpx

Pusat panggilan pelacur untung RM1 juta sebulan tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul (depan) ketika sidang akhbar tangkapan sindiket pelacuran antarabangsa di IPD Barat Daya, Balik Pulau, hari kni. -Foto oleh SAFINA RAMLI/KOSMO!

BALIK PULAU – Polis menumpaskan sebuah pusat panggilan sindiket pelacuran antarabangsa yang mengaut keuntungan sehingga RM1 juta sebulan selepas menahan seramai 11 warga tempatan termasuk enam wanita di sebuah premis perniagaan di Bayan Baru di sini, Jumaat lalu.

Dalam operasi kira-kira pukul 5.30 petang itu, polis turut ‘mastermind’ pusat panggilan itu iaitu seorang lelaki berusia 33 tahun dan juga ibunya berusia 65 tahun yang dipercayai menjadi operator di pusat panggilan tersebut.

Difahamkan, premis perniagaan itu beroperasi sebagai pusat panggilan aktiviti pelacuran yang berpusat di Australia.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, siasatan mendapati premis tersebut beroperasi sejak Disember 2021 dan sindiket itu mampu menjana pendapatan kira-kira RM30,000 sehari dan mencecah hampir RM1 juta sebulan.

“Modus operandi sindiket ini ialah mereka memainkan peranan menjadi orang tengah menggunakan pautan laman sesawang https://www.escortsandbabes.com.au bagi mempromosi serta mengiklan aktiviti pelacuran yang menyasarkan pelanggan di Australia.

“Pelanggan yang berminat untuk mendapatkan khidmat seks akan berhubung dengan sindiket ini melalui nombor talian Australia dengan menggunakan simkad syarikat telekomunikasi Australia,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya di sini, hari ini.

Menurut Kamarul Rizal, pelanggan di Australia akan membuat bayaran terus kepada pelacur yang telah ditempah menerusi pusat panggilan tersebut dan sindiket pelacur di negara tersebut akan membayar semula komisyen kepada sindiket itu.

“Pelacur sindiket ini juga kebanyakannya berasal dari Australia dan bayaran khidmat seks mereka adalah antara AUD200 (RM602.04) hingga AUD3,000 (RM9030.60)

“Jumlah pelacur yang dipromosi menerusi laman web tersebut adalah sekitar 100 hingga 120 orang,”katanya.

Katanya, suspek utama kes tersebut iaitu lelaki berusia 33 tahun itu didapati pernah bekerja di Australia serta dipercayai terlibat dengan kumpulan pelacuran di negara berkenaan.

“Dia dipercayai membawa pulang idea untuk membuka pusat panggilan tersebut dan suspek lain berusia 21 hingga 65 termasuk ibunya dipercayai menjadi operator pusat tersebut dengan bayaran sebanyak RM3,000 hingga RM8,000 sebulan.

“Pusat panggilan ini beroperasi 24 jam dengan dua shif dan kali terakhir suspek dikesan pergi ke Australia ialah pada Julai lalu,” katanya.

Tambahnya, sehingga kini laman web berkenaan masih aktif dan polis percaya sindiket di Australia masih lagi aktif. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI