fbpx

Nyanyian Alyssa Dezek tak ‘sesedap’ jumlah followers YouTubenya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALYSSA DEZEK

BEBERAPA hari lalu sebuah video nyanyian Alyssa Dezek muncul dalam ‘FYP’ TikTok Diva.

Selepas mendengar dia menyanyikan lagu Tak Segampang Itu milik Anggi Marito, perlu diakui Alyssa memiliki suara yang unik tetapi masih okey di telinga cuma adakalanya agak bingit.

Sempat juga Diva buka dan baca bahagian komen. Fuh! Netizen Malaysia kalau beri komen memang juara.

Dalam ruangan komen, ada yang minta Alyssa berhenti menyanyi sebab suara tak sedap dan tidak boleh pergi jauh pun.

Namun, terdapat netizen berpendapat suara Alyssa sedap tetapi perlu diasah lagi.

“Rosak lagu kegemaran. Tak segampang itu nak dengar sampai habis.

“Sebenarnya suara Alyssa sedap sebab ada tone yang unik cuma perlu bijak pilih lagu,” komen netizen.

Harap Alyssa tabah baca komen-komen netizen atau jangan buka langsung pun sebab risau boleh hilangkan semangat.

DIVA: Ramai mahu jadikan Sabri Yunus dan Angeline Tan sebagai pasangan contoh tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI