fbpx

Lelaki mengaku salah samun remaja 14 tahun dalam lif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD HIDAYAT mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan samun terhadap remaja lelaki di dalam sebuah lif di Pangsapuri Desa Jaya, 15 Oktober lalu.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi pertuduhan melakukan samun ke atas remaja lelaki di dalam lif sebuah pangsapuri di bandar raya ini, minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Hidayat Daim, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Fatimah Zahari.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Hidayat didakwa melakukan samun sebuah telefon bimbit jenis Vivo YISA warna biru gelap milik seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada pukul 3.18 petang di dalam lif di sebuah Pangsapuri Desa Jaya, Johor Bahru pada 15 Oktober lalu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Thiviya manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagi perbuatan itu, lelaki itu didakwa mengikut Sekyen 392 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun, dan boleh juga dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan mencadangkan Mahkamah agar tertuduh dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran tidak mengganggu mangsa dan perlu menyerahkan pasport kepada Mahkamah.

Bagaimanapun, Mohamad Hidayat enggan membela diri dan tidak mahu diikat jamin.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 20 November depan sebagai tarikh untuk fakta kes dan jatuh hukum.

Rabu lalu, Kosmo! melaporkan mangsa yang berusia 14 tahun membuat laporan polis berkaitan kejadian yang berlaku pada 15 Oktober lalu.

Hasil semakan rekod lampau mendapati suspek yang positif dadah jenis morfin mempunyai empat kes jenayah dan tiga kes dadah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI