fbpx

La Liga: Empat pemain legakan Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUNDOGAN dilaporkan akan kembali berada dalam senarai utama Barcelona yang akan turun menentang Bilbao awal pagi esok. - AFP

BARCELONA – Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez menerima berita gembira apabila empat pemainnya diberikan ‘lampu hijau’ turun beraksi menentang Athletic Bilbao untuk aksi La Liga di Camp Nou awal pagi esok.

Kehadiran semula Ronald Araujo, Ilkay Gundogan, Lamine Yamal dan Alejandro Balde melegakan kem The Catalans yang ketika ini dibelenggu masalah kecederaan dan masih tidak dapat menggunakan lima pemain utama.

Lima pemain belum pulih itu ialah Robert Lewandowski, Pedri, Raphinha, Frenkie de Jong dan Jules Kounde yang berkemungkinan besar juga bakal terlepas aksi penting menentang seteru tradisi, Real Madrid pada 28 Oktober ini.

Bagaimanapun, Xavi, 43, enggan menjadikannya sebagai alasan gagal menghadirkan keputusan positif, sebaliknya berjanji akan memastikan anak-anak buahnya menang dalam semua perlawanan dihadapi.

“Kadang-kadang tuah tidak memihak anda. Cumanya apa saya boleh katakan adalah empat pemain ini (Araujo, Gundogan, Yamal, Balde) 100 peratus boleh beraksi.

“Raphinha masih belum sedia tetapi tempoh pemulihannya sudah tidak lama, begitu juga dengan Pedri. Saya juga mempunyai perasaan yang bagus mengenai situasi Lewandowski.

“Saya berharap dia (Lewandowski) sempat pulih sebelum El Clasico dan dia sendiri mahu beraksi dalam perlawanan itu. Namun, mereka tidak akan dijadikan alasan untuk kami menang nanti,” katanya.

Sebelum bertemu Real, juara Sepanyol itu perlu bertemu dengan jaguh Ukraine, Shakhtar Donetsk terlebih dahulu untuk aksi ketiga Kumpulan H kempen Liga Juara-Juara pada Khamis ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN