fbpx

Kecoh 24 biji telur bertukar separuh masak lepas seharian dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan 24 biji telur mentah yang dibeli seorang wanita bertukar menjadi separuh masak.

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi detik-detik melucukan apabila telur mentah yang dibeli, bertukar menjadi separuh masak selepas ditinggalkan di dalam kereta sejak malam sehingga 1 tengah hari keesokannya.

Malah menerusi ruangan komen di TikTok Nanie, dia memaklumkan, semua telur berjumlah 24 biji itu menerima ‘nasib’ yang sama.

“Bila telur tertinggal dalam kereta dari malam sampai 1 tengah hari. Habis telur jadi separuh masak,” katanya.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang turut terhibur.

“Saya pun pernah kena macam ni. Cuaca panas tertinggal telur dalam kereta malam baru teringat. Bila nak goreng semua dah jadi separuh masak,” kata Ida Nora.

“Tak payah susah-susah nak rebus sis, tinggal letak kicap dan lada sulah saja tu terus masuk mulut,” usik Ekinhelmi91.

“Saya kena 30 biji, jenuh nak makan,” kongsi Noorzaihan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI