fbpx

Idam aksi Jepun, Korea Selatan warnai Pestabola Merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUALITI saingan Pestabola Merdeka bakal meningkat sekiranya berjaya membawa pasukan dan para pemain berkualiti untuk menyertai saingan.

HARAPAN peminat sukan tanah air untuk menyaksikan pasukan hebat serta pemain berkelas dunia untuk beraksi di tanah air terutama pada saingan Pestabola Merdeka edisi akan datang mungkin menjadi kenyataan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd. Firdaus Mohamed mengakui pihaknya bakal membuat cadangan untuk menjemput lebih banyak negara berkualiti pada penganjuran Pestabola Merdeka nanti.

Kata Mohd. Firdaus, dengan kepimpinan badan induk bola sepak negara yang dipimpin oleh Presiden, Datuk Hamidin Mohd. Amin tidak mustahil pasukan unggul Asia seperti Jepun atau Korea akan kembali mewarnai kejohanan itu pada masa akan datang.

“Sudah tentu kita meletakkan harapan tinggi untuk menjemput lebih banyak negara terbaik untuk penganjuran Pestabola Merdeka pada masa akan datang.

“Harus diingat, pada era 70-an dan 80-an banyak negara yang mahu bermain dalam kejohanan ini seperti Jepun dan Korea,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Skuad Korea Selatan yang boleh dianggap antara terbaik di Asia kini memiliki pemain yang dianggap berkelas dunia, Son Heung-min yang juga kapten kelab Tottenham Hotspur.

Situasi sama melibatkan negara Jepun yang turut mempunyai barisan pemain hebat seperti Kauro Mitoma daripada kelab Brighton, Wataru Endo (Liverpool) dan Takehiro Tomiyasu (Arsenal.

Korea Selatan sebelum ini pernah muncul juara Pestabola Merdeka sebanyak lapan kali manakala skuad Samurai Biru pula muncul dua kali naib juara sepanjang sejarah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI