fbpx

Hujan lebat hampir seluruh negara malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hampir di seluruh negara, malam ini.

Menurut hantarannya di laman Facebook, hujan lebat diramal berlaku di seluruh negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, sehingga pukul 8 malam ini.

“Selain itu, cuaca buruk turut diramal di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, Perak serta Gua Musang, Kelantan.

“Met Malaysia turut meramal hujan lebat dan angin kencang di Hulu Terengganu dan Dungun, Terengganu dan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bera, Pekan dan Rompin, Pahang,” katanya.

Di Selangor pula, kawasan yang diramal mengalami cuaca buruk adalah di Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

“Di Negeri Sembilan, cuaca buruk diramal berlaku Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin serta di Jasin, Melaka.

“Dalam pada itu, di Johor, hujan lebat pula diramal berlaku di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang,” katanya.

Tambah MetMalaysia, di Sarawak, hujan diramal berlaku di Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang (Limbang).

Manakala, di Sabah, cuaca sama diramal di Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Telupid dan Beluran). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI