fbpx

Hentian pertama berkonsep terbuka untuk rider p-hailing di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SURIS (tujuh dari kiri) dan Ridzuan Hazimin (enam dari kiri) bersama penghantar makanan pada majlis perasmian Wakaf Istirahat Penghantar Makanan di Temerloh.

TEMERLOH – Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) mengorak langkah proaktif apabila menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Pahang yang menyediakan wakaf istirahat penghantar makanan.

Hentian yang terletak di Jalan Dato’ Awang Ngah itu adalah yang pertama khusus untuk penghantar makanan dengan konsep terbuka dan inovatif.

Yang Dipertua MPT, Suris Mahat berkata, dua wakaf bernilai RM20,000 itu dibina melalui kerjasama strategik antara MPT dan Bank Rakyat.

“Ia merupakan satu inisiatif yang boleh kita banggakan. Difahamkna, ini adalah wakaf rehat secara terbuka dan santai yang pertama di Pahang.

“Ini adalah antara usaha MPT untuk keselesaan rider makanan, kalau sebelum ini keadaan tempat rehat mereka mungkin tidak teratur. Satu unit ditaja oleh bank Rakyat, manakala sebuah lagi disumbangkan MPT,” katanya pada majlis perasmian Wakaf Istirahat Penghantar Makanan baru-baru ini.

Menurut Suris, wakaf istirahat dengan konsep santai itu akan memberi keselesaan kepada kira-kira 180 penghantar makanan di daerah ini.

Selain itu, wakaf berkenaan juga boleh menjadi hentian rehat untuk orang awam yang melalui di kawasan tengah Temerloh.

Sementara itu, Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Kerajaan Food Panda, Amri Mohd Sham berkata, wakaf istirahat tersebut begitu signifikan kepada golongan penghantar makanan.

“Kebiasannya kawasan wakaf dibina di tepi kedai atau dalam kedai tetapi ini pertama kali saya lihat binaan yang inovatif dan terbuka sudah tentunya ia selesa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI