fbpx

Ganjaran menanti para pemain Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Sabah meraikan kejayaan menjuarai Piala Tun Abdul Razak selepas menewaskan Selangor 2-1 pada final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam. - MHC

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Hoki Sabah, Datuk Seri Dr. Anil Jeet Singh bakal memberikan ganjaran kepada para pemain wanita pasukan itu susulan kejayaan mereka menjuarai Piala Tun Abdul Razak 2023.

Sabah mencipta sejarah sebagai pemenang baharu kategori wanita pada edisi kelapan kejohanan itu selepas menewaskan juara bertahan, Selangor 2-1 dalam aksi final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.

REAKSI para pemain Sabah (jersi biru) selepas sah bergelar juara Piala Tun Abdul Razak 2023 menewaskan Selangor 2-1 pada final musim ini. – MHC

“Kita dah janji (ganjaran) kepada pemain-pemain. Beberapa lembaga eksekutif hoki sabah juga telah memutuskan untuk tambah jumlah yang saya bagi.

“Mereka akan dapat ganjaran-ganjarannya, yang pastinya ia lebih banyak daripada saya janjikan semalam (Jumaat),” katanya kepada Kosmo! selepas tamat aksi final wanita semalam.

Walaupun ketinggalan awal kepada Selangor menerusi Alyaa Zulfah Mohd. Fadzli tetapi Sabah bangkit memenangi perlawanan dengan dua gol daripada Nor Asfarina Isahyifiqa Isahhidun dan Cyrachilld Rojos.

KETUA jurulatih Selangor, Ikmal Abdul Jabar (tengah) bersama barisan pemainnya berterima kasih kepada para penyokong yang hadir memberikan sokongan kepada mereka. – MHC

Mengulas lanjut, Anil yang juga Naib Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mengakui, amat berbangga dengan semangat juang ditunjukkan anak-anak buah Hasnul Jideh pada perlawanan akhir itu.

“Mereka telah buktikan kejayaan ini. Ini yang harus kita bimbing untuk generasi akan datang, bukan sahaja Sabah tetapi juga negeri-negeri lain demi melahirkan pelapis-pelapis buat pasukan kebangsaan,” jelasnya.

Tempat ketiga kategori wanita menjadi milik Melaka selepas menewaskan Kuala Lumpur 2-1 menerusi jaringan Norshafiqha Ishak dan Suhaila Sata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI