fbpx

Anwar temui Menteri Kewangan Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika mengadakan pertemuan dengan Mehmet.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja di Istanbul hari ini dengan bertemu Menteri Kewangan Turkiye, Mehmet Şimşek.

Menurut Anwar, perbincangan dengan Mehmet yang juga merupakan sahabat lama beliau tertumpu kepada usaha mendepani tantangan ekonomi global.

“Kami meneruskan perbincangan dengan meneroka peluang-peluang baharu ekonomi, selain perbincangan turut terkait mengenai aspek pertahanan dan keselamatan.

“Serta usaha mengembang potensi pelaburan dan perdagangan dalam lapangan pembangunan teknologi dan pelancongan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI